Video Tular Cemas Bapa diserang sakit jantung

Video Tular Cemas Bapa diserang sakit jantung

#Ipoh Video tular sebuah kereta diparkir hingga di ruang legar di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam, berpunca ekoran rasa cemas pemandu ketika membawa bapanya yang diserang sakit jantung.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Video berdurasi 54 saat itu memaparkan keadaan kecoh di mana seorang lelaki menjerit-jerit sebelum seorang lagi lelaki dalam keadaan lemah dibawa keluar dari kereta jenis Perodua Kelisa untuk rawatan di hospital berkenaan.

See also  Khasiat hebat Tempe musnah apabila dimasak dengan pemanasan

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku kerana pemandu panik dan cemas semasa membawa bapanya yang diserang sakit jantung.

 

Katanya, setelah kereta diberhentikan, lelaki terbabit keluar dan menjerit meminta bantuan pihak hospital.

 

See also  COVID-19 21 Julai 2021: Jumlah kes ialah 11,985

“Pemandu telah ditenangkan dan diminta oleh petugas hospital untuk mengalihkan keretanya ke bahagian tempat letak kenderaan awam.

 

“Bapa lelaki itu telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke dalam wad,” katanya di sini hari ini.

 

Menurut beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang perlanggaran, kecederaan mahupun kerosakan harta awam.

 

“Kita juga tidak menerima laporan polis daripada mana-mana pihak,” katanya.

See also  Covid-19: Angsana Johor Bahru Mall ditutup seminggu

 

Sumber : Utusan Online

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Tular Cemas Bapa diserang sakit jantung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1444
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36956
Views Last 30 days : 122998
Views This Month : 76275
Views This Year : 238665
Total views : 238666
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares