Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19

Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19

Seorang wanita Myanmar dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini, selepas dia mengaku bersalah menggunakan identiti orang lain bagi mendapatkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

That That Mar, 27, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

 

Bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, dia mengaku memperdayakan doktor dan jururawat sebuah klinik swasta dengan mendakwa dirinya pemilik nombor passport yang sebenarnya milik individu lain.

See also  VIDEO ✓✓Polis kesan dua lelaki gelang ‘pink’ keluar beli makanan

 

Tindakan itu mendorong doktor dan jururawat terbabit memberikan suntikan vaksin COVID-19 dos pertama dan kedua.

 

Wanita itu yang bekerja di kedai makan didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah klinik di Taman Cheng Perdana, dekat sini, pada 28 Julai dan 18 Ogos lalu. Seksyen 419 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

See also  15,215 kes covid-19 Pada 29 Mac 2022

 

Dia juga dituduh sebagai warga asing, masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah, sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hanya hukuman denda kerana dia mahu pulang ke pangkuan keluarga, namun Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat selain tertuduh perlu dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

 

Muhammad Nazrin kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan bermula tarikh dia ditangkap pada 18 Ogos 2021. Bagaimanapun, hukuman penjara diperintah berjalan serentak.

See also  31 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 17,786

 

HM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367128
Users Today : 2040
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11760
Users Last 30 days : 64107
Users This Month : 56146
Users This Year : 367127
Total Users : 367128
Views Today : 3061
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17957
Views Last 30 days : 99098
Views This Month : 86899
Views This Year : 565965
Total views : 565966
Who's Online : 22
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares