Duit Simpanan RM3K Remaja Sindrom Down nak beli telefon hangus

Duit Simpanan RM3K Remaja Sindrom Down nak beli telefon  hangus

 

KUALA NERANG – Kira-kira RM3,000 duit simpanan seorang remaja sindrom down yang disimpan dalam tin biskut untuk membeli telefon pintar hangus selepas rumahnya di Felda Lubok Merbau, dekat sini terbakar pada pagi Sabtu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Duit milik Muhammad Amzar Haziq Mohd Azlan,13, itu semua habis terbakar dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.

 

Nenek mangsa, Sopiah Saidin, 83 berkata, kebakaran tersebut disedarinya di bahagian atas kediamannya sebelum memanggil empat cucunya termasuk Muhammad Amzar Haziq untuk menyelamatkan diri dengan berlari ke luar rumah.

See also  Polis siasat VIDEO wanita keluar kata maki Hamun Polis

 

“Kejadian berlaku dengan pantas dan semua dokumen penting seperti kad pengenalan memang tak sempat diselamatkan. Duit simpanan Muhammad Amzar Haziq sebanyak RM3,000 yang mahu digunakan untuk membeli telefon pintar juga hangus.

 

“Duit dalam tin biskut adalah hasil simpanan duit raya, duit pemberian orang dan duit sekolahnya,” kata warga emas tersebut ketika menerima kunjungan Pengerusi Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (Rapat), Datuk Seri Ghazali Ibrahim di Felda Lubok Merbau, dekat sini pada Ahad.

See also  Ibu nekad lempar tiga anak ketika rumah terbakar
Ghazali (dua kanan) melihat rumah Sopiah yang terbakar di Felda Lubok Merbau, Kuala Nerang pada Sabtu.

 

Ghazali hadir menyampaikan sumbangan daripada Rapat bagi membantu meringankan beban Sopiah sekeluarga.

 

Sopiah berkata, walaupun tidak dapat menyelamatkan barang dan perabot di rumahnya yang terbakar, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.

 

Katanya, semasa kejadian, anak-anaknya tidak berada di rumah dan dia pula tidak mampu menyelamatkan barang-barang untuk dibawa keluar dari rumah tersebut kerana api sedang marak.

 

“Buat masa ini saya tinggal dahulu di rumah anak yang berada di belakang rumah terbakar ini.

See also  Video✓✓10 jam padam kebakaran kilang

 

“Apapun, saya bersyukur kerana tidak berlaku tragedi yang tidak diingini. Mujur kebakaran ini disedari awal dan saya serta cucu-cucu sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Duit Simpanan RM3K Remaja Sindrom Down nak beli telefon hangus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156731
Users Today : 572
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23386
Users Last 30 days : 78817
Users This Month : 50456
Users This Year : 156730
Total Users : 156731
Views Today : 1032
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35445
Views Last 30 days : 121382
Views This Month : 77583
Views This Year : 239973
Total views : 239974
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares