Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

 

KLANG – Seorang lelaki dalam keadaan mabuk ditahan selepas memandu melawan arus sejauh tiga kilometer (km) di KM23 hingga KM20 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), tengah malam tadi

Penahanan suspek berusia 36 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 12.01 tengah malam oleh pasukan peronda Lebuh Raya.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang bekerja membaiki dapur itu telah melawan arus dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios dari susur Bandar Puteri sehingga plaza Tol Kota Kemuning.

See also  Wanita pandu lawan arus menyebabkan berlaku kemalangan

 

Katanya, ujian alat EBA II atau alkohol dijalankan terhadap suspek adalah positif iaitu melebihi had bacaan 100 miligram yang ditetapkan.

 

“Hasil semakan turut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

See also  Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

 

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 

Terdahulu, tular video berdurasi sembilan saat memaparkan aksi lelaki tersebut memandu melawan arus menggunakan laluan pertama di Kesas sehingga membahayakan pengguna lain.

See also  Siapa kenal kanak-kanak ini?

 

▶️KOSMO ONLINE

15.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378079
Users Today : 1674
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16218
Users Last 30 days : 61469
Users This Month : 5083
Users This Year : 378078
Total Users : 378079
Views Today : 2266
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24143
Views Last 30 days : 94395
Views This Month : 7431
Views This Year : 582125
Total views : 582126
Who's Online : 12
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares