Dua pelajar meninggal dunia bukan sebab vaksin Covid-19

Dua pelajar meninggal dunia bukan sebab vaksin Covid-19

 

Ipoh: Polis menafikan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini, meninggal dunia kerana vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sebaliknya, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pelajar berkenaan masing-masing meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 dan masalah jantung, sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula.

 

Katanya, kematian pertama direkod pada 18 Julai lalu membabitkan pelajar perempuan sekolah itu yang positif Covid-19 dan turut menghidap kencing manis serta darah tinggi.

See also  14 April 2022, kes positif baru COVID-19 adalah 10,413 kes

 

“Dia dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan sudah berada dalam keadaan kritikal selama dua bulan.

 

“Kematian kedua pula pada 17 September lalu iaitu pelajar lelaki yang disebabkan sakit jantung. Jadi maklumat tersebar itu tidak benar dan mengelirukan.

 

“Memang pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia tetapi bukan disebabkan suntikan vaksin Covid-19. Kedua-duanya kejadian tiada kena mengena dengan vaksin (memandangkan) program vaksinasi PICK-R bermula 20 September lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

See also  Covid-19 8 Ogos 2021: Kematian 360 Jumlah kes 18,688

 

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya akan memanggil individu dikaitkan dengan video tular itu bagi membantu siasatan kerana menyebar maklumat yang menimbulkan kegusaran awam.

 

Sebelum ini video berdurasi satu minit 38 saat tular di media sosial yang menunjukkan wanita sedang berucap kepada sekumpulan individu menuntut supaya pelajar sekolah tidak diwajibkan mengambil vaksin imunisasi Covid-19.

 

Wanita itu mendakwa dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan vaksin Covid-19, selain menyebut dua lagi pelajar di lokasi berlainan dan ada remaja yang mengalami alahan serius.

See also  Wanita Myanmar dihukum penjara  18 bulan kerana kesalahan guna identiti orang lain untuk dapat Vaksin Covid-19

 

Disiarkan pada: September 29, 2021 @ 3:02pm

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

am@hmetro.com.my

Gambar: MKN / Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua pelajar meninggal dunia bukan sebab vaksin Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367065
Users Today : 1977
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11697
Users Last 30 days : 64044
Users This Month : 56083
Users This Year : 367064
Total Users : 367065
Views Today : 2949
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17845
Views Last 30 days : 98986
Views This Month : 86787
Views This Year : 565853
Total views : 565854
Who's Online : 2
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares