Serang polis: Pihak tokong serah diri, mohon maaf

Serang polis: Pihak tokong serah diri, mohon maaf

 

ANTARA tangkap layar video tular menunjukkan anggota polis diserang dalam kejadian di Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

1 Oktober 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA: Susulan kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi dekat sini, pihak tokong menyerah diri serta mengemukakan surat permohonan maaf kepada polis.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kekecohan yang berlaku pukul 11.45 pagi Selasa lalu itu selepas pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) ingin membina pagar penghadang ‘Hoarding’ untuk membina jalan sebagai laluan ke sekolah.

 

Katanya, rusuhan bermula pada pukul 2.14 petang apabila wakil pihak tokong itu tidak berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan PTG.

See also  Video@melenting dengan teguran warga emas ugut bunuh pekerja restoran

 

“Kumpulan ini terdiri lebih kurang 20 hingga 30 individu lelaki dan wanita yang berusia 18 hingga 84 tahun.

 

“Mereka bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak menggunakan kayu serta menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Muhammad Idzam berkata, polis kemudian meleraikan rusuhan itu pada pukul 2.30 petang selain menahan empat lelaki yang berusia 18 hingga 50 tahun.

 

Ujarnya, kira-kira pukul 8.30 malam pada Rabu lalu, polis menahan dua lagi lelaki berusia 38 dan 56 tahun sebelum mengepung kawasan tokong itu bagu membuat tangkapan pada 1.30 pagi semalam.

 

“Namun pihak tokong menyerah diri serta menyerahkan surat permohonan maaf kepada pihak polis.

See also  Taktik Baru Skeme, Aktivis masyarakat nafi anak hidap sakit kronik

 

“Susulan itu, polis menahan 12 lelaki dan enam wanita berusia 18 hingga 84 tahun iaitu semua yang terbabit dalam rusuhan itu,” ujarnya.

 

Tambahnya, dua suspek turut dibebaskan atas jaminan polis atas faktor usia.

 

“Permohonan reman ke atas 18 suspek lagi dibuat semalam di mana 10 suspek direman sehari bagi membantu siasatan.

 

“Kertas siasatan yang lengkap sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini dengan cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Menurutnya lagi, pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 turut dicadangkan memandangkan kesemua suspek melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awam.

See also  Polis tak wajar menari dalam Tik Tok

 

Media sebelum ini melaporkan polis menahan empat lelaki dalam kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi dekat sini.

 

Satu rakaman video berkaitan isu ini juga dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.- UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Serang polis: Pihak tokong serah diri, mohon maaf " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156686
Users Today : 527
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23341
Users Last 30 days : 78772
Users This Month : 50411
Users This Year : 156685
Total Users : 156686
Views Today : 931
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35344
Views Last 30 days : 121281
Views This Month : 77482
Views This Year : 239872
Total views : 239873
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares