Pengemis Rohingya ludah kereta selepas ditegur mengemis

Pengemis Rohingya ludah kereta selepas ditegur mengemis

Kuala Lumpur: Etnik Rohingnya kini dikesan ‘mendominasi’ lampu isyarat di sekitar Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang di sini, bagi mengemis di kawasan berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kehadiran pengemis di kawasan itu juga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan mereka yang mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah.

 

Tinjauan Harian Metro mendapati ada antara mereka menggunakan modus operandi baru iaitu mendukung anak kecil bagi meraih simpati pengguna jalan raya.

 

Jurugambar Harian Metro sempat merakam kegiatan mereka yang dikesan bermula pada 9 pagi sehingga petang.

See also  Wanita Rohingya dari kem pelarian Indonesia diseludup masuk Malaysia

 

Wartawan cuba mendekati pengemis berkenaan namun mereka bertindak melarikan diri sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

 

Seorang pengguna jalan raya, Badrulhisham Md Arshad, 48, berkata, lokasi itu sering menjadi tumpuan pengemis kerana kawasan yang redup dan kurang tindakan penguatkuasaan.

 

“Jika kita sebagai penunggang motosikal sangat bahaya kerana mereka berada di jalan raya persimpangan lampu isyarat berkenaan.

 

“Pernah sekali saya hampir melanggar kanak-kanak Rohingya yang sedang meminta sedekah di sebuah kereta,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Sementara itu, ahli perniagaan, Muhammad Amirul Azlan Shah, 32, berkata, tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu.

See also  VIDEO✓✓2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan

 

“Jika dahulu peniaga tempatan yang menjual mangga di persimpangan lampu isyarat berkenaan diambil tindakan, kini tindakan serupa perlu diambil.

 

“Mereka berani kerana tidak ada tindakan diambil, pernah sekali saya menegur kumpulan pengemis ini namun mereka bertindak kurang ajar dengan meludah cermin tingkap kereta saya,” katanya.

 

Menurutnya, kegiatan pengemis itu bukan baru di kawasan berkenaan malah mereka berada di persimpangan itu hampir setiap hari.

 

“Jika dilihat pada waktu puncak semakin ramai pengemis dipercayai Rohingya di persimpangan lampu isyarat itu.

See also  Rakaman Lelaki mabuk bertumbuk dalam bas kilang

 

“Bila petang kumpulan ini makin ramai, ada yang dukung anak, ada yang memimpin tangan anak mereka malah ada juga kumpulan kanak-kanak berkopiah bagi meraih simpati,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengemis Rohingya ludah kereta selepas ditegur mengemis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363028
Users Today : 1167
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9923
Users Last 30 days : 65378
Users This Month : 52046
Users This Year : 363027
Total Users : 363028
Views Today : 1861
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15438
Views Last 30 days : 100978
Views This Month : 80777
Views This Year : 559843
Total views : 559844
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares