[VIDEO] Lori terbabas elak kereta lawan arus

[VIDEO] Lori terbabas elak kereta lawan arus

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta melawan arus menyebabkan sebuah lori hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian yang dirakam oleh papan pemuka sebuah kereta itu juga nyaris menyebabkan kereta perakam berkenaan melanggar lori yang terbabas itu.

 

Berdasarkan klip video berdurasi 30 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah melawan arus menyebabkan lori berkenaan membrek sebelum terbabas ke bahu jalan.

 

Tidak dapat dipastikan nasib pemandu lori berkenaan, namun bahagian depan lori terbabit telah terperosok ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

See also  Video✓✓Nahas 2 maut: Lelaki pandu Triton lawan arus positif ganja

 

Tidak dinyatakan lokasi kejadian tersebut dan bila ia dirakam, namun Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di sekitar laluan Kuala Selangor menghala ke Sabak Bernam

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan kereta yang melawan arus berkenaan dan menggesa pemandu lori atau kenderaan lain membuat laporan kepada pihak berkuasa.

 

“Kesian pemandu lori, tak pasal-pasal terjunam dalam longkang, apalah nasib pemandu lori itu. Harap dia buat laporan polis selepas ini,”tulis Marjan Malijun.

See also  Perodua Kancil pula lawan arus di Kuala Langat

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abe Yus Satar.

 

“Jenis pemandu yang suka lawan arus ni, elok tarik sahaja lesen supaya mereka tidak memandu dan membahayakan pengguna lain lagi, polis sila siasat kes ini,”tegasnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Jika terambil, mohon pulangkan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Lori terbabas elak kereta lawan arus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367262
Users Today : 2174
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11894
Users Last 30 days : 64241
Users This Month : 56280
Users This Year : 367261
Total Users : 367262
Views Today : 3247
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18143
Views Last 30 days : 99284
Views This Month : 87085
Views This Year : 566151
Total views : 566152
Who's Online : 23
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares