[VIDEO]Kemalangan di lampu isyarat, salah ambulans atau kereta?

Kemalangan di lampu isyarat, salah ambulans atau kereta?

PETALING JAYA – Salah ambulans atau salah kereta.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itu persoalan yang ‘dibahaskan’ pengguna laman sosial apabila melihat klip video kemalangan jalan raya melibatkan sebuah ambulans dan sebuah kereta di satu persimpangan lampu isyarat.

 

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Sungai Siput, Perak, namun tidak dapat dipastikan bila ia berlaku.

 

Menerusi klip video berdurasi 56 saat itu, kelihatan sebuah kereta jenis Proton Wira telah melanggar sebuah ambulans yang tidak memperlahan kenderaanya ketika melalui satu persimpangan lampu isyarat.

See also  Helikopter terhempas,dua selamat

 

Sebelum kejadian, ambulans tersebut dilihat seolah-olah seperti tidak dalam keadaan kecemasan dan dipandu secara agak ‘santai’ dan tidak memasang siren kecemasan.

 

Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan netizen berhuhung kejadian, ada yang menyalahkan ambulans tersebut dan ada juga yang menyalahkan pemandu kereta.

 

“Salah ambulans, sepatutnya ambulans perlahankan kelajuan di lampu isyarat sebelum meneruskan perjalanan, dari segi pengalaman saya kerja Pertahanan Awam,”tulis Khairul Mieyda.

See also  Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Khairul Anam.

 

“Pengalaman saya pemandu ambulans, setiap lampu isyarat saya akan berhenti dalam beberapa saat, supaya pemandu lain melihat keberadaan kita dan mendengar bunyi siren atau hon. Saya akan melihat di setiap simpang sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

 

Berbeza pula pandangan oleh seorang lagi pengguna dikenali sebagai Saiful Azim.

See also  Dua penunggang motosikal maut akibat kereta pusingan U mengejut

 

“2 saat lepas kemalangan lampu isyarat arah ambulans dah hijau, kemungkinan wira laju kejar lampu oren,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO]Kemalangan di lampu isyarat, salah ambulans atau kereta? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156761
Users Today : 602
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23416
Users Last 30 days : 78847
Users This Month : 50486
Users This Year : 156760
Total Users : 156761
Views Today : 1103
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35516
Views Last 30 days : 121453
Views This Month : 77654
Views This Year : 240044
Total views : 240045
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares