Operasi tangkap lembu merayau bebas

Operasi tangkap lembu merayau bebas

 

15/10/2021

 

KOTA BHARU – Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) telah melancarkan operasi menangkap lembu berkeliaran di sekitar Taman Hijrah Padang Kala Melor pada 13 & 14 Oktober 2021.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sejumlah 12 ekor berjaya ditangkap dalam operasi 2 hari berturut-turut.

 

Kegigihan penguatkuasa disanjung tinggi walaupun berhadapan risiko ancaman ditanduk malah ada kalangan penguatkuasa mengalami kecederaan kaki seliuh.

See also  Penyakit kulit serang lembu, kerbau di Perak

 

Setiausaha MDKPI, Ahmad Fadzli Abdullah dalam satu kenyataan berkata, notis amaran telah disampaikan kepada pemilik lembu diberi tempoh 14 hari bertindak tidak membiarkan lembu bebas berkeliaran.

 

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika Majlis masih menerima aduan selepas tempoh berkenaan.

 

Operasi tidak dapat dilakukan lebih awal kerana Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

See also  Remaja Orang Asli cedera diserang haiwan liar

 

Operasi pada bulan September yang lalu berjaya menangkap tiga ekor lembu dan dua ekor kambing di kawasan Kok Lanas.

 

 

 

Denda dibawah Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau MDKPi sebanyak RM1,000 setiap ekor yang ditangkap dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh 6 hari, haiwan berkenaan akan di lelong.

 

Kelewatan menuntut haiwan berkenaan akan dikenakan caj tambahan penjagaan, kandang dan makanan.

See also  Kibar kain merah mohon tampung belanja makanan 60 kucing

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Operasi tangkap lembu merayau bebas " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149597
Users Today : 1204
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22099
Users Last 30 days : 79319
Users This Month : 43322
Users This Year : 149596
Total Users : 149597
Views Today : 1678
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33343
Views Last 30 days : 121503
Views This Month : 66094
Views This Year : 228484
Total views : 228485
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares