Jiwa patriotik pudar jahanamkan maruah bolasepak negara

Kuala Lumpur: Bekas pemain Harimau Malaya era 80-an, Khalid Ali membidas sikap segelintir pemain yang tidak serius menyahut panggilan menyertai skuad kebangsaan
Satu langkah segera perlu dilaksanakan untuk membetulkan keadaan ini.
Khalid menggesa supaya semangat patriotik negara seharusnya disematkan kemas di dada semua pemain dan sokongan galakan oleh pengurusan kelab.
Khalid mengakui kecewa dengan senario semasa arena bola sepak tempatan apabila pemain bertindak tidak patriotik, tidak bersemangat menyambut panggilan skuad kebangsaan.
“Benda ini (menolak panggilan skuad negara) menyakiti hati kita, menyakiti penyokong. Kalau mana-mana pemain itu tak mahu menyahut panggilan negara, kita jangan panggil lagi. Maruah bola sepak negara jahanam disebabkan masalah ini. Saya dah dengar banyak kali masalah macam ini, sebab keletihan lah, sebab kecederaan lah, sebab mak nak kawin lah dan macam-macam lagi.
“Pemain dulu bersemangat juang tinggi menyertai skuad negara, untuk berbakti dibawah bendera negara, tapi semangat sedemikian sudah pudar dikalangan pemain jenerasi baru” Ujar beliau.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Jiwa patriotik pudar jahanamkan maruah bolasepak negara " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.