Sultan johor kecewa sikap masyarakat buang sampah ke dalam saliran air

Sultan johor kecewa sikap masyarakat buang sampah ke dalam saliran air seperti longkang dan Sungai yang menjadi punca utama berlaku banjir kilat di kawasan bandaraya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan diatas sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah di dalam longkang, parit dan sungai hingga menjejaskan kelancaran pengaliran air terutamanya pada musim hujan di kawasan bandaraya Johor Bahru.

Baginda Tuanku Sultan, bertitah hasil siasatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mendapati banjir kilat melanda kawasan bandaraya pada bulan lalu, berpunca akibat sistem saliran tersumbat disebabkan timbunan sampah sarap dan sisa binaan.

Laporan dan gambar-gambar hasil siasatan MBJB dipersembahkan kepada DYMM Sultan Johor oleh Datuk Bandar MBJB, Dato’ Noorazam Osman di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.

See also  MPV polis terbalik: Janda anak dua antara diberkas

 

“Ia berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang. Apabila turunnya hujan dalam jumlah yang besar dan tempoh yang lama, maka banjir kilat pasti tidak dapat dielakkan.

“Saya ada melihat gambar-gambar dan rakaman video yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBJB. Terdapat begitu banyak sampah dibuang termasuk tilam, kayu dan juga peti sejuk. Amat mengecewakan.

 

“Masyarakat seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah dalam saliran mahupun sungai. Perbuatan seperti ini kelak menyumbang kepada berlakunya banjir,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

See also  Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar

Sebelum ini, Baginda Tuanku Sultan menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor serta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di Johor.

 

Sementara itu, Datuk Bandar MBJB, Dato’ Noorazam memberitahu RPO, bahawa pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi yang terlibat dengan membersihkan halangan di dalam parit, longkang serta saliran utama.

 

“MBJB memperuntukkan RM6 juta untuk penyelenggaraan sungai dan longkang setiap tahun. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat kita telah menyebabkan kemusnahan harta benda apabila banjir kilat melanda.

See also  Ibu Tunggal Selongkar Tong Sampah syukur diatas keperihatinan pelbagai pihak

 

“Saya juga telah mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi hotspot banjir bagi merangka tindakan penyelesaian komprehensif melibatkan tindakan penyelesaian segera, sederhana dan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir,” katanya.

Gambar dan video ihsan MBJB.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sultan johor kecewa sikap masyarakat buang sampah ke dalam saliran air " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376396
Users Today : 1930
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16496
Users Last 30 days : 61885
Users This Month : 3400
Users This Year : 376395
Total Users : 376396
Views Today : 2876
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24877
Views Last 30 days : 95506
Views This Month : 5153
Views This Year : 579847
Total views : 579848
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares