VIDEO] Pengajaran apabila parkir menghalang laluan Deretan 10 kereta parkir rosak dilanggar lori

 

Oktober 22, 2021

Putrajaya

Satu kejadian 10 buah kereta yang diparkir pada bahu jalan di Putrajaya rosak pada bahagian sisi akibat digesel oleh sebuah lori yang melalui jalanraya berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jalan berkenaan telah digazetkan larangan parkir. Maka kenderaan yang parkir dilaluan berkenaan boleh dikenakan tindakan saman juga.

 

Kejadian berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang mana videonya menjadi viral di laman sosial Twitter.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz, kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.

See also  Bertengkar kerana parkir helikopter

 

 

“Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit. Mungkin pemandu lori itu telah lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul. Maka dia (pemandu lori) mengambil keputusan cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta,”katanya kepada Bernama.

See also  VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

 

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan lokasi 10 kenderaan tersebut adalah kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir.

 

Difahamkan pemandu lori terbabit telah berjaya dikesan dan akan diambil keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

 

Dalam pada itu, 10 pemandu kereta yang rosak telah hadir ke IPD Putrajaya bagi membuat laporan. Kes tersebut disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

See also  [Video] Mabuk berebut parkir hingga berparang

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO] Pengajaran apabila parkir menghalang laluan Deretan 10 kereta parkir rosak dilanggar lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156756
Users Today : 597
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23411
Users Last 30 days : 78842
Users This Month : 50481
Users This Year : 156755
Total Users : 156756
Views Today : 1094
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35507
Views Last 30 days : 121444
Views This Month : 77645
Views This Year : 240035
Total views : 240036
Who's Online : 0
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares