Warung pamer kreativiti ala kenduri kahwin jadi tumpuan.
Dengan bunyi kompang diringi lagu kompang dipalu seolah olah menyapa orang yang lalu lalang di kawasan warung berkenaan.
Binaan warung berkonsepkan khewah kenduri kahwin menyediakan juadah makanan kenduri seperti nasi minyak, ayam masak merah, daging gulai kicap memang mendapat sambutan menggalakkan.
Yang pasti kita tidak lagi perlu menunggu jemputan majlis persandingan kahwin untuk menikmati kelazatan makanan majlis kenduri kahwin.
Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari yang terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang sedia memenuhi keinginan setiap pengunjungnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video Warung pamer kreativiti ala kenduri kahwin jadi tumpuan. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.