Operasi hotel sentiasa berdepan pelbagai cabaran dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sebilangan pelanggan jenis perangai jahat tetap akan buat perkara buruk seperti mengotorkan bilik sewaan mereka.
Satu video tular menunjukkan keadaan bilik sebuah hotel ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan.
Sampah sarap dan bilik disepahkan serta dikotorkan menjadi cabaran berat bagi pekerja hotel untuk mengemas dalam tempoh singkat.
Kesan seterusnya kepada pelanggan baru yang terpaksa menunggu lama kerja kerja pembersihan selesai.
Pengurusan hotel juga tertekan dalam usaha mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap pelanggan, terpaksa berhadapan dengan karenah perangai buruk yang sukar difahami apa matlamatnya.
Tidak dinafikan ada jenis manusia mencari kepuasan dengan cara menyusahkan orang lain.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi Perangai penghuni sengaja menyepahkan dan mengotori bilik hotel " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.