Seorang lelaki dilihat mengamuk memaki hamun Anggota Penguatkuasa Majlis pembandaran Kuala Selangor seperti sangat tidak berpuas hati.

Majlis perbandaran Kuala Selangor tampil memberi penjelasan tentang insiden 4/1/2022 9:45 pagi diJalan Bidara 6/2, Saujana Utama.
Penguatkuasa MPKS telah mengeluarkan kompaun di atas kesalahan lelaki berkenaan yang parkir kenderaannya di tempat khas OKU.
Tidak berpuas hati ekoran dikenakan kompaun, lelaki berkenaan melakukan ugutan fizikal dan memaki hamun kepada penguatkuasa MPKS.
Anggota penguatkuasa telahpun membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit kerana melakukan ugutan dan menghalang tugas anggota penjawat awam.
Warganet menyanjung tinggi sikap kompitensi anggota penguatkuasa berkenaan yang tidak bertindak balas terhadap provokasi dan meneruskan tugas seperti biasa.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Maki hamun Penguatkuasa kerana kompaun parkir OKU " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.