Sedar tak sedar konflik besar antara Haiwan hutan dan manusia sedang melanda negara.


Saban hari kita membaca maklumat berita penemuan harimau beruang tapir merayau-rayau di kawasan perkampungan pi sekolah malah ada yang masuk ke kawasan pekan.
Apa mesej ini semua. Apa yang binatang tu cari rumah kereta emas atau makanan.
Pastinya ramai mengetahui bahawa haiwan pada asasnya memerlukan keperluan makanan yang mencukupi untuk hidup.
Apa yang sedang berlaku haiwan-haiwan ini sebenarnya berada di dalam hutan tapi hutan yang mereka diami telah dirosakkan dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah baru tanpa mengambil kira kehidupan makhluk lain.
Sepatutnya sebelum aktiviti membalak dibenarkan, penyediaan kawasan makanan untuk haiwan-haiwan liar di dalam hutan mestilah dipastikan terlebih dahulu.
Pihak kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mestilah agresif untuk memastikan bekalan makanan haiwan-haiwan berkenaan tidak terbantut akibat dari aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.
Tidak ada gunanya sebelah pihak mengaut keuntungan manakala sebelah pihak lagi menderita kelaparan kebuluran kerana akhirnya kesan akan menimpa manusia juga.
Telah berlaku banyak kes serangan haiwan berkenaan keatas manusia kerana kecederaan akibat jerat dan juga kerana kekurangan bekalan makanan di dalam hutan.
Pihak kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Air dan Alam Sekitar serta Kerajaan Negeri hendaklah menghentikan sikap lepas tangan dan mesti menunjukkan usaha bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang sedang berlaku ini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Penggondolan hutan penyebab harimau merayau masuk kampung " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.