Masukkan daun kunyit kedalam masakan berkuah pastinya memberikan keenakan sukar digambarkan.

Pencarian maklumat tentang kehebatan daun membongkar khasiat yang amat bernilai.
1. Minum air rebusan daun kunyit menghilangkan bau badan. Ditumbuk halus dan ditampal pada kulit untuk menjadi kulit lebih cantik.
2. Melawan serangan kulat dan bakteria (antikulat dan antibakteria)
Minyak dalam daun kunyit didapati mampu merencatkan pertumbuhan kulat A. flavus dan toksin yang dihasilkan kulat seperti aflatoksin.
Dengan hanya kepekatan serendah 1%, minyak pati daun kunyit ini mampu merencat sehingga 95.3% pertumbuhan kulat tersebut dan 100% perencatan pada kepekatan 1.5%.
Bahan bioaktif dalam daun kunyit seperti α-phellandrene, p-cymene dan terpinolene bertindak merencat pertumbuhan mikrob seperti kulat dan bakteria.
3. Antioksidan dan Antipenuaan
Ancaman radikal bebas keatas sel sel badan menyebabkan penuaan dan pembentukan kanser.
Antioksidan utama dalam daun kunyit ialah b-sesquiphellandrene (22.8%) dan terpinolene (9.5%) bertindak memperlahankan kematian sel.
Radikal bebas ialah hidupan biologi menyerang sel sel dengan ganas. Kesannya dapat dilihat secara fizikal melalui pembentukan kulit kusam dan wajah tidak bermaya atau tua dari sepatutnya.
4. Pencegahan kanser, antikanser
Rebusan atau minyak Daun kunyit didapati menghentikan pertumbuhan sel kanser hati, kolon dan payu dara.
4. Penawar kudis buta scabies
Penyakit kudis buta disebabkan oleh serangan kutu hama Sarcoptes scabies yang menjadikan munculnya bintik dan bintil merah yang gatal.
Gandingan dajn kunyit dan perahan air lemon sabgat berkesan merawat kudis buta.
5. Menghalau serangga dan nyamuk sebagai racun perosak semulajadi
Daun kunyit dihancurkan dan diperah airnya boleh dijadikan sebagai racun semulajadi bagi menghalau nyamuk atau serangga perosak.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Daun kunyit popular untuk masakan dan perubatan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.