Barli antara makanan hebat untuk kesihatan jantung, darah tinggi dan diabetes

Barli antara makanan hebat untuk kesihatan jantung, darah tinggi dan diabetes

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Air barli segar hasil rebusan akan melarutkan bahan l beta-gluten yang penting untuk menurunkan kolesterol jahat LDL.

 

Selain itu, Barli kaya dengan serat, mineral dan vitamin penting untuk badan.

 

Tidak ketinggalan bahan asid fenolik sejenis antioksidan kuat untuk memusnahkannya radikal bebas dalam badan.

 

Peringatan bahawa pemakanan organik tidak boleh dicampur sebarang gula.

Antara khasiat barli ialah:

 

1. Menurunkan paras kolesterol

paras kolesterol dalam darah se Air barli yang diminum bersama bijirin barli dapat menurunkan kolesteral kerana kandungan beta-glucan yang ada di dalam barli yang boleh menyingkirkan kolesterol di dalam darah.

 

Meminum air barli bersama bijirin barli tersebut boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam darah.

 

 

2. Mengawal paras gula dalam darah

See also  Keunikan Puasa Ramadhan memulihkan buah pinggang rosak.

Air Barli tanpa gula diamalkan harian dapat membendung masalah paras gula tinggi dalam darah. Gula tinggi penyumbang kepada sakit darah tinggi dan diabetes.

 

3. Mengawal tekanan darah Kandungan serat larut seperti beta-glucan yang ada di dalam barli penting menurunkan tekanan darah menjadi normal.

 

4. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

 

Selain itu, air barli tanpa gula juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, strok, atau serangan sakit jantung.

 

5. Barli boleh meningkatkan bakteria baik dalam badan. Bakteria baik berfungsi melancarkan fungsi jantung.

 

5. Baik untuk sistem penghadaman

Air barli tanla gula penawar masalah sembelit. Serat tinggi dalam barli bagus untuk kesihatan usus.

 

6. Membantu menurunkan berat badan

 

Kandungan serat yang ada di dalam barli memberi rasa kenyang berpanjangan.

See also  Susu lembu mujarab rawat berak berdarah

 

 

7. Fungsi prebiotik

Selain itu, air barli bersama bijirinnya juga mempunyai fungsi prebiotik yang seterusnya boleh meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus. Peningkatan bakteria baik di dalam usus manusia boleh memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik, mengelakkan masalah senak perut selepas makan dan juga boleh membantu penyerapan mineral di dalam badan.

 

8. Menyokong sistem pertahanan badan

 

Air barli juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang boleh membantu menyokong sistem pertahanan badan. Di samping itu, fungsi prebiotik daripada bijirin barli juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan manusia sekaligus boleh membantu badan melawan penyakit.

 

9. Berpotensi mencegah kanser

 

Antioksidan dalam bijirin barli berpotensi untuk mencegah kanser seperti kanser usus besar.

See also  Mengejutkan 80% orang dewasa kekurangan Magnesium dalam badan.

 

10. Mencegah jangkitan salur kencing batu karang

 

Sifat barli yang diuretik boleh menyebabkan seseorang kerap kencing sekaligus membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan juga menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan terutamanya di saluran kencing.

 

Di samping itu, oleh kerana air barli boleh menyebabkan diuretik (kerap kencing), ia juga boleh membantu mencegah masalah pembentukan batu karang.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Barli antara makanan hebat untuk kesihatan jantung, darah tinggi dan diabetes " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156697
Users Today : 538
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23352
Users Last 30 days : 78783
Users This Month : 50422
Users This Year : 156696
Total Users : 156697
Views Today : 955
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35368
Views Last 30 days : 121305
Views This Month : 77506
Views This Year : 239896
Total views : 239897
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares