Sarjan Stubby merupakan seekor anjing daripada Amerika Syarikat yang telah memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Pertama.

Pada tahun 1917, ianya telah diseludup ke Perancis oleh pemiliknya, Prebet J. Robert Conroy. Stubby telah tercedera dalam satu serangan gas beracun tetapi berjaya pulih sepenuhnya.
Dengan pengalaman yang dimilikinya, Stubby mempunyai kepakaran mengesan gas beracun.
Semasa peperangan, Stubby sentiasa peka memberi amaran kepada askar yang sedang tidur jika mengesan ancaman gas beracun sebelum ianya diaktifkan.
Peranannya ini telah menyelamatkan banyak nyawa daripada serangan gas beracun.
Stubby juga berperanan mengesan askar yang tercedera di medan perang dan mendapatkan bantuan pasukan perubatan.
Antara pencapaian utamanya adalah mengesan seorang pengintip Jerman yang cuba membuat lakaran parit yang menjadi laluan utama askar Amerika Syarikat.
Sebagai menghargai jasanya, Stubby telah diberi pangkat sarjan, haiwan pertama yang mendapat anugerah penghormatan daripada Amerika Syarikat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah Sarjan Stubby Anjing Pengesan Senjata Gas Beracun " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.