Semangat Nenek 99 tahun bersekolah jadi pembakar semangat jenerasi masa depan

NANDI, Kenya, 9 Feb – Di dalam bilik darjah di luar bandar Lembah Rift Kenya, Priscilla Sitienei, yang berusia 99 tahun, tekun mencatat nota bersama rakan-rakan murid yang semuanya lapan dekad lebih muda daripadanya.
Dengan pakaian seragam sekolah pakaian kelabu dan baju sejuk hijau, Sitienei berkata dia mengambil keputusan kembali ke sekolah demi cita cita untuk menjadi seorang doktor.
Sitienei berharap cucu cicitnya bersemangat untuk belajar bagi mengubah nasib kepada lebih baik.
“Saya ingin menjadi doktor kerana saya pernah menjadi bidan,” katanya kepada Reuters, sambil menambah bahawa anak-anaknya menyokong keputusannya.
Kerajaan Kenya melaksanakan polisi membenarkan warga dewasa yang telah terlepas pendidikan pada zaman muda mereka untuk kembali ke sekolah.
Sitienei amat menggemari aktiviti sekolah bersama rakan kelas lapan dekad lebih muda, termasuk kelas pendidikan jasmani.
“Ia membuatkan saya cergas. Saya boleh melompat-lompat, walaupun tidak secergas yang mereka boleh lakukan, tetapi saya sekurang-kurangnya menggerakkan badan saya. Itulah kegembiraan saya,” katanya.
Guru-gurunya memanfaatkan pengalaman Sitienei untuk menjaga ketenteraman bilik darjah.
“Saya jadikan beliau sebagai pengawas kelas mengawal ketenteraman kelas. Jadi, dia berjaya melakukan kerja itu dengan cemerlang. Apabila saya keluar, kelas kekal senyap ,” kata Leonida Talaam, guru kelasnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Semangat memburu cita-cita jadi Doktor Nenek 99 tahun nekad kembali bersekolah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.