11/2/2022 Bangkok- Pasukan renjer Thailand kini sedang giat mengesan seekor harimau betina berkaki tiga di hutan terpencil di sempadan Myanmar.

Pasukan tersebut berharap dapat menyelamatkan harimau liar itu daripada ancaman pemburu haram di kawasan berkenaan.
Pada awal minggu ini, kakitangan organisasi perlindungan hidupan liar, Freeland telah mengesan pergerakan haiwan itu mendekati bangkai seekor kerbau, menerusi video yang dirakam kamera jarak jauh di Taman Negara Khao Laem, wilayah Kanchanaburi.
Penelitian melalui rakaman video berkenaan mendapati haiwan berkenaan kekihatan berjalan tanpa kaki kanan belakang.
Freeland menggesa haiwan berkenaan diselamatkan segera dari ancaman pemburu haram.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Harimau Belang Berkaki Tiga memerlukan perlindungan segera " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.