Wanita Ajaib Selamat 3 tragedi kapal karam termasuk TITANIC

Violet Jessop semasa kecil mengidap batuk kering dan sembuh walaupun doktor telah meramalkan beliau akan mati akibat penyakit maut berkenaan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

1) Kapal RMS Olyimpic

Pada tahun 1910, selepas dua tahun bekerja sebagai pramugari bersama Royal Mail Line, Violet bekerja di atas kapal RMS Olympic pula. RMS Olympic adalah sebuah kapal persiaran awam yang mewah dan terbesar pada waktu itu.

 

Pada musim luruh tahun 1911, kapal RMS Olympic telah meninggalkan pelabuhannya di Southampton tetapi telibat dalam pertembungan dengan sebuah kapal perang British, HMS Hawke. Namun, tiada kematian yang dilaporkan berlaku. Walaupun kapal itu rosak akibat impak pelanggaran, ia berjaya kembali semula ke pelabuhan.

 

 

2) RMS Titanic

Violet telah menaiki RMS Titanic sebagai seorang pramugari empat hari sebelum berlakunya tragedi menenggelamkan TITANIC. Dalam buku yang ditulisnya, dia menyebut bahawa dia telah diarahkan untuk bertugas di atas dek ketika berlakunya tragedi malang itu.

 

Violet diarahkan menjadi mengajar kepada penumpang yang tidak boleh berbahasa Inggeris agar memahami arahan yang bakal diberikan kepada mereka. Dengan tenang, penumpang berjalan dengan perlahan mengikut arahan yang diberikan. Ketika itu Violet berdiri bersama-sama dengan peramugari lain memerhatikan kaum wanita memeluk suami dan pasangan mereka sebelum berpisah untuk menaiki bot penyelamat.

See also  Penumpang Titanic terakhir selamat meninggal dunia pada usia 97 tahun 7 bulan

 

Kemudian seorang pegawai kapal mengarahkan para peramugari menaiki bot penyelamat terlebih dahulu bagi menunjukkan kepada para penumpang wanita lain bahawa ianya selamat untuk dinaiki. Ini kerana penumpang wanita dan kanak-kanak diutamakan untuk diselamatkan terlebih dahulu.

 

Ketika itu Violet hanya memerhatikan para penumpang wanita memenuhi bot penyelamat itu. Selepas mereka menghabiskan masa semalaman di atas bot kecil itu, Violet dan para penumpang yang lain telah diselamatkan oleh kapal RMS Carpathia.

 

3) HMHS Britannic

Pada tahun 1916 semasa berlakunya Perang Dunia Pertama, syarikat White Star Line telah menukar beberapa kapal mereka menjadi hospital untuk merawat tentera dan orang awam yang cedera. Salah satu kapal yang ditukar kepada hospital itu ialah HMHS Britannic, di mana Violet berkhidmat sebagai peramugari untuk Persatuan Palang Merah Inggeris.

See also  TUDM mengesan pencerobohan 16 buah pesawat Angkatan Udara China

 

Pada pagi 21 November, kapal HMHS Britannic itu telah tenggelam di Laut Aegean akibat satu letupan misteri. Sehingga hari ini, para penyelidik masih menyelidiki punca menyebabkan berlakunya letupan tersebut.

Pihak berkuasa British percaya ia mungkin akibat dibedil oleh peluru berpandu atau periuk api yang dipasang oleh tentera Jerman.

 

Di dalam bukunya, Violet memberitahu dia menyaksikan kapal besar itu karam dari dalam bot penyelamat yang dinaikinya. Kapal yang menjadi kebanggaan dunia perubatan British itu dilihat tenggelam sedikit demi sedikit dan semua jentera yang berada di atas dek jatuh ke dalam laut seakan-akan ianya sebuah permainan kanak-kanak. Akhirnya, kapal itu tenggelam sepenuhnya dan tidak kelihatan lagi.

 

Kapal HMHS Britannic itu mengambil masa selama 57 minit untuk tenggelam sepenuhnya dan seramai 30 orang telah kehilangan nyawa pada hari itu.

 

Pada saat akhir kapal itu tenggelam, kipasnya masih berputar dan menyedut bot-bot penyelamat yang berada berhampiran dengannya. Violet sempat melompat keluar daripada bot penyelamat yang dinaikinya tetapi mengalami kecederaan yang agak serius di kepalanya ketika cuba menyelamatkan diri.

See also  Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

 

Akibat kejadian itu Violet telah mengalami sakit kepala selama beberapa tahun lamanya.

 

Doktor yang merawat menemui punca sebenar terdapat keretakan pada tengkorak kesan impak dari kemalangan itu.

 

Setelah karier bekerja di lautannya berakhir, Violet Jessop sempat berkahwin namun berpisah dengan pasangannya sebelum bersara dan menetap di sebuah perkampungan bernama Great Ashfield di Suffolk, di mana dia tinggal sehingga meninggal dunia pada usia 83 tahun

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita Ajaib Selamat 3 tragedi kapal karam termasuk TITANIC " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370251
Users Today : 2014
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14432
Users Last 30 days : 65657
Users This Month : 59269
Users This Year : 370250
Total Users : 370251
Views Today : 2789
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21559
Views Last 30 days : 101169
Views This Month : 91336
Views This Year : 570402
Total views : 570403
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares