Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk “Makan Dengan Sendiri”.
Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.
Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.
Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.
Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.
Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif.
.
Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan.
Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa 2 kali setiap minggu serta meningkatkan aktiviti fizikal.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Penemuan sains Puasa membolehkan badan melakukan proses baikpulih kesihatan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.