3 Video mempamerkan kelakuan sekumpulan anak muda mengganggu ketenteraman awam sedang viral, perbuatan yang mengganggu ketenteraman orang awam itu telah mengundang kemarahan Netizen.

1) Video yang dikongsikan ini menunjukkan segelintir remaja sedang bersembunyi di bahu jalan sebelum melastik kereta yang sedang melalui jalan berkenaan.
2) Video ini pula menunjukkan salah seorang daripadanya sedang membuat kecoh di kedai orang, mereka sepahkan barang-barang kedai dan mengeluarkan kata-kata kesat.
3) Dalam video ini dilihat mereka semua baring di atas jalan raya biarpun ada kereta melalui jalan tersebut. Menurut sumber, aktiviti tidak bermoral ini berlaku di kawasan Anggerik, Kuala Lumpur.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video] Mengejutkan aksi Anak anak remaja ganggu ketenteraman awam pula " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.