Saban tahun apabila menjelang hari raya maka lebuh raya dan jalanraya persekutuan akan banjiri kenderaan perantau balik kampung.

Satu perangai unik perantau suka buang sampah ditepi lebuhraya walaupun telah beri nasihat melalui media.
Perangai buruk perantau berlaku lagi tahun 2022 menjelang sambutan Aidilfitri.Mereka ingat dengan berbuat demikian akan mendapat pahala besar agaknya. Langsung tak reti nak sediakan plastik sampah sendiri dan simpan dalam kenderaan masing-masing hingga tiba di destinasi.

Lebuhraya CSR terus menjadi mangsa perangai buruk perantau.
Timbunan sampah sarap bersepah di bahu jalan amat menjijikkan.
Dua pemuda ringan tulang telah mengambil inisiatif mengutip sampah berkenaan dan mendapat sanjungan para netizen.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Memalukan dan menjijikkan Perantau mana suka buang sampah di CSR " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.