Lebuhraya Timur Barat sepanjang 123 km menghubung daerah Grik Perak dan Jeli di Kelantan.
Siap dibina pada tahun 1982 menjadi laluan pintas dari bahagian barat ke bahagian timur semenanjung.
Pembinaan antaranya bertujuan menghalang penyusupan pengganas komunis dari selatan Thailand ke Semenanjung Malaysia.
Perjalanan melalui Lebuhraya Timur Barat agak mencabar kerana faktor muka bumi tanah tinggi banjaran Titiwangsa.
Mendaki dan menuruni jalan berbukit dan permukaan jalan yang tidak rata memerlukan kenderaan diselenggara dengan baik.
Tayar dan brek dua komponen penting mesti diberi perhatian serius.
Laluan lebuhraya ini tidak ada bengkel kereta atau motosikal. Maka pengguna perlu juga menyiapkan keperluan asas sebelum melalui lebuhraya ini.
1.Periksa tayar supaya tidak ada kerosakan dan angin mencukupi.
2. Jek tayar, spanar tayar dan tayar ganti dalam keadaan baik
3. Alat pemadam api, air 4 liter, lampu suluh dan payung.
4. Had kelajuan.
Pemanduan dilaluan ini disarankan dalam julat 40-80 km)j sahaja. Ini untuk memastikan keselamatan pemanduan kerana keadaan jalan licin, berbelok dan jalan tidak rata.
5.Gajah
Kawasan ini merupakan laluan Gajah berkeliaran mencari makanan.
Pastikan hanya guna lampu kabus dan jangan membunyikan hon. Gajah amat agresif kepada bunyi dan cahaya lampu.
Jaga jarak 50 meter atau lebih untuk keselamatan sekiranya gajah bertindak agresif.
Sekiranya gajah melintasi jalan, berhenti kereta di tepi jalan, pasang lampu isyarat kecemasan sebagai amaran kepada pemandu dibelakang.
6.Jarak pemanduan
Jangan terlalu dekat dengan kenderaan dihadapan untuk memberi ruang masa mencukupi jika brek mengejut.
5. Kemalangan
Jika terjumpa kemalangan, berhentilah untuk beri bantuan sebab jarak hospital memang jauh memakan masa 1jam untuk ke lokasi.
Hubungi 999 dengan segera supaya ambulan dapat digerakkan dengan cepat.
Bantu balut luka mangsa untuk memberhentikan pendarahan. Jaga barang mangsa dan hubungi keluarga terdekat.
Untuk kecerdasan parah, seperti tersepit, bantu longgarkan himpitan.
6.Lori barang dan bas
2 kenderaan terkenal bermaharajalela laju di laluan ini.
Kenderaan kecil dinasihatkan berhati-hati dan buat rakaman video untuk laporan kepada pihak berkuasa.
7.Lori balak
Kenderaan panjang ini bergerak perlahan kerana muatan berat.
Bersabar untuk memotong.
Pastikan memotong di laluan lurus
8.Sentiasa bunyi hon dan nyalakan lampu isyarat semasa memotong atau kawasan selekoh.
Memotong ketika kenderaan dihadapan beri isyarat sebelah kiri .
9.Lokasi Rawat dan Rehat
Terdapat 2 R&R iaitu Hentian Rehat Puncak Titiwangsa dan Hentian Rehat Royal Belum Tasik Banding.
Kemudahan kedai makan, surau, tandas dan tempat mandi disediakan.
Kedai makan tutup pukul 12 malam.
Pemandangan cantik sekitar Tasik Banding pasti memukau setiap pengunjung.
10.Tolong Menolong
Jika ada kenderaan rosak, sama sama bantu sementara menunggu lori tunda tiba.
11.Jalan berlubang
Perlahankan kenderaan dan pastikan brek dalam keadaan baik.
12.Tanah runtuh
Ada banyak kawasan tanah runtuh terutama semasa hujan lebat.
Ikut tanda amaran dan berhati- hati terutama kawasan lencongan sempit.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Panduan melalui Lebuhraya Timur Barat[Grik-Jeli] " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.