Insiden: MENYELAMAT – MANGSA TERJUN JAMBATAN
Tarikh / Masa Panggilan: 01.06.2022 / 0539 Hrs


Alamat: KM 2.2 Jambatan Pulau Pinang, Perai, Pulau Pinang.(Arah Seberang Perai ke Pulau)
Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi kejadian dan terima maklumat dari orang awam, didapati seorang (lelaki) berbangsa India berusia 22 tahun telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.
Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.
Tindakan Pasukan bomba membuat pemantaun dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuartiri telah dihanyutkan oleh arus.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pengkalan Merin JBPM Mak Mandin, Butterworth.
Laporan akan dikemaskini.
Semua perlu fokus untuk hentikan kes bunuh diri yang semakin menjadi !!!
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang ! " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.