Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina siap dibina pada 1910 dengan kos RM23,000.

Rekabentuk kejuruteraan dibuat untuk ketahanan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki.
Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji.
Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan “British Standard” walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.
Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan “British Standard”? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan-kesan dari ribut salji.
Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.
Jika diperhatikan juga semua bangunan era penjajahan British berdinding tebal 2 kaki ada kebenarannya dengan kaedah rekabentuk yang digunapakai.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Fakta Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.