1. Gua Mulu merupakan gua terbesar di dunia


Gua ini terletak di Taman Negara Sarawak. Ia juga dikenali sebagai Sarawak Chamber. Gua tersebut mempunyai ruang bawah tanah terbesar di dunia. Saiznya dianggarkan 23 kali lebih besar dari Padang bola Anfield dan mampu memuatkan sebuah pesawat Boeing 747.
2. Tanjung Piai merupakan titik paling selatan di benua Asia
Tanjung Piai sebuah pekan nterletak di negeri Johor. Lokasinya terletak di titik paling selatan bagi benua Asia. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai kawasan hutan paya bakau yang luas.
3. Panjang Lebuh raya di Malaysia mengatasi ukur lilitan bumi
Malaysia memiliki rangkaian lebuh raya sehingga melangkaui panjang lilitan bumi. Panjang keseluruhan lebuh raya di negara ini dianggarkan sekitar 65.877 kilometer berbanding dengan lilitan bumi yang dianggarkan 40.075 kilometer!
4. Pelbagai spesis flora dan fauna didapati di Malaysia
Malaysia mempunyai 14,500 spesis tanaman bunga dan pokok-pokok. Binatang mamalia di negara ini juga melebihi sebanyak 200 spesis. Lebih menarik lagi, Malaysia menjadi kediaman 600 spesis burung, 140 spesis ular dan 60 spesis cicak.
5. Pulau Sipadan tempat utama untuk peminat selam skuba
Pulau Sipadan terletak di Sabah. Pulau tersebut mempunyai ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Laut yang tidak tercemar dan panorama sangat menarik menjadikan pulau ini tumpuan penyelam skuba. Pulau Sipadan diiktiraf antara 77 bentuk muka bumi yang paling menarik di dunia.
6. Hutan hujan tropika di Malaysia tertua didunia
Hutan hujan tropika di Malaysia dipercayai sudah berusia lebih 130 juta tahun. Ia merupakan antara yang tertua di dunia. Lebih mengejutkan, hutan hujan tropika di Malaysia lebih tua daripada hutan di Amazon dan Congo.
7. Taman Negara di Malaysia berkeluasan 7 kali negara Singapura
Taman Negara memiliki keluasan 4343km persegi atau 7 kali ganda keluasan negara Singapura.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Destinasi Ikonik Hebat dan menarik di Malaysia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.