Istilah RO atau air bertapis yang menjadi bahan promosi jualan peniaga alat penapis air.
Amat penting memahami maksud sebenar RO water tidak dikelirukan oleh peniaga.
Air RO WaterRO dihasilkan melalui proses menggunakan penapis.
Apabila air biasa masuk ke dalam penapis membran separa telap yang membolehkan beberapa zarah terpilih melaluinya.
Hasilnya bahan seperti arsenik, klorin akan disekat di penapis. Kaedah ini dikenali proses osmosis menyongsang.
Air yang dihasilkan dipanggil air Osmosis Menyongsang atau Reverse Osmosis.
Air Mineral pula merujuk kepada proses menambah bahan mineral dalam air yang telah dibersihkan melalui proses osmosis.
Proses osmosis juga menapis bahan mineral. Maka penting untuk memperkayakan semula air berkenaan dengan bahan mineral.
Caranya mengalirkan air hasil osmosis kedalam sistem batu batu mineral. Dengan cara ini air osmosis diperkayakan semula dengan bahan mineral berguna.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Apakah perbezaan antara air RO dan air mineral " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.