Kesan dari sekatan eksport sawit benar-benar menekan peladang di Negara Pengeluar minyak sawit terbesar dunia.

Harga sawit yang terus jatuh sehingga 400 rupiah (0.12 sen) sekilogram akibat dari kilang yang mengurangkan pembelian.
Kilang bimbang tidak dapat menjual minyak sawit ekoran sekatan ekspot yang dilaksanakan oleh pemerintah.
Bagi meneruskan kehidupan, mereka sanggup melakukan pelbagai kerja dan membiarkan kelapa sawit membusuk sahaja
Seorang peladang, Affandi di Desa Jambi memberitahu, dia perlu melakukan pelbagai kerja untuk memastikan keluarganya tidak berlapar.
“Perkara yang buat saya pening kepala adalah anak mahu masuk sekolah tapi duit tidak mencukupi.
“Saya terpaksa berhutang sana sini untuk pastikan keperluan kami sekeluarga mencukupi. Situasi ini sukar untuk kami,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Katanya, dengan harga 400 rupiah sekilogram, jumlah itu tidak cukup untuk peladang kecil-kecilan seperti dia untuk meneruskan penanaman.
Selain itu, Affandi juga tidak mampu membayar upah tenaga pekerja untuk mengumpul buah sawit yang sudah masak.
“Saya perlu membayar upah sekurang-kurangnya 200,000 rupiah (RM59) bagi setiap satu tan buah sawit yang dikumpul.
“Tapi dengan harga buah yang begitu murah ketika ini, bagaimana saya mampu untuk mengupah pekerja? Akhirnya kesemua buah yang sudah masak akan dibiarkan begitu sahaja sehingga busuk.
“Jual atau tidak, sama sahaja selagi harga terus turun,” luahnya.
Affandi juga mengakui dia pernah menjadi buruh binaan dan menoreh getah asalkan keperluan keluarganya dapat dipenuhi.
Sementara itu, sejumlah kilang kelapa sawit turut berhenti membeli tanaman komoditi itu daripada golongan peladang.
Seorang daripadanya, Ahmad Muaz memberitahu, harga yang paling tinggi mereka tawarkan untuk membeli sawit daripada peladang adalah antara 500-700 rupiah (0.15 sen-0.21 sen) sekilogram.
“Kalau beli tetapi tidak boleh dijual, apa gunanya?
28,804 total views, 3 views today
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kesan dari sekatan ekspot Harga sawit jatuh teruk 12 sen sekilogram " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.