Kesabaran menunggu sekian lama untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi akhirnya membuahkan hasil bagi Rohana Abdullah yang akan memulakan pengajian Bidang Diploma Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bermula 1 Ogos 2022.

Rohana Bersama Ibuangkatnya Chee Hoi Lan

Dengan nada teruja beliau berkata
“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan tawaran ini. Terima kasih kepada UTeM yang menawarkan tempat kepada saya”

Walaupun pada awalnya beliau lebih berminat kepada bidang perubatan, namun bidang sains komputer juga merupakan antara pilihan utama juga.

Dilapor dalam Harian Metro, Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin akan menyerahkan tawaran itu pada satu majlis yang dijadualkan Sabtu ini.

Pernah menerima tawaran dari Universiti Putra Malaysia Cawangan Bintulu namun terpaksa menolaknya kerana tidak sanggup berjauhan dengan ibu angkatnya Chee Hoi Lan, 83.

Lokasi UTem yang tidak begitu jauh difikirkan sesuai untuk bertemu ibuangkatnya yang sudah berusia.

Menurutnya, Ibuangkatnya Chee Hoi Lan, 83 sangat gembira dengan tawaran UTem dan akan menghantarnya ke kampus semasa hari pendaftaran.

Kisah Rohana yang dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan sehingga kini disiarkan secara eksklusif oleh Harian Metro bermula 14 Januari lalu.


Dua beranak itu meminta bantuan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim untuk mendapatkan proses taraf kerakyatan selepas dia ditinggalkan sejak kecil oleh ibubapanya sejak kecil.

Kisah Rohana yang bekerja sebagai pengajar di pusat tuisyen itu turut diberi perhatian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Detik manis itu akhirnya tiba pada 29 April lalu selepas dia mendapat taraf kewarganegaraan menerusi Surat Keputusan Kewarganegaraan daripada Menteri Dalan Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO]Impian Rohana ke menara gading jadi kenyataan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares