Bekalan elektrik yang stabil merupakan asas penting memacu ekonomi.
Kejadian putus bekalan elektrik yang terlalu kerap pastinya merencat aktiviti ekonomi.

Inilah suasana yang menimpa pengusaha restoran di Tanjung Aru Plaza,
Restoran Pak Mus mengatakan beliau mungkin terpaksa mengurangkan pekerja tempatan dengan mengecilkan operasi atau terpaksa menutup terus perniagaan akibat masalah gangguan elektrik yang kerap berlaku.
.
28.7.2022 juga terputus selama 5 jam akibat gangguan bekalan di pencawang TanjungAru.
30.7.2022 berlaku lagi gangguan bekalan sejak jam 4.30pagi .
Akibatnya restoran tidak dapat masak dan membuat persediaan untuk membuka perniagaan.
Kesan besar ialah pekerja akan kehilangan sumber pendapatan dan akhirnya menyusahkan keluarga.
Pihak pembekal perkhidmatan khususnya Sabah Elektrik Sdn Bhd mesti meningkatkan keupayaan dan mencari penyelesaian segera kepada masalah ganggu elektrik yang banyak berlaku di Sabah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Keluhan peniaga Tanjung Aru Plaza wajar diambil perhatian. " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.