Terkini setiap 3 orang dewasa di Malaysia, seorang didapati mengalami darah tinggi.

Darah tinggi jika tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai komplikasi keatas organ badan.



Strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan kanser antara masalah berpunca dari tekanan darah tinggi.



Ubatan hospital menurunkan tekanan darah tinggi perlu diambil berterusan. Ini menyebabkan rintangan badan meningkat terhadap ubat berkenaan. Apabila keberkesanan berkurangan, maka doktor akan memperakukan penambahan dos atau menukar kepada ubat yang lebih kuat.



Selain dari rintangan badan, ubat darah tinggi juga menyebabkan lemah syahwat dikalangan lelaki.

Pilihan lain untuk mengawal darah tinggi ialah melalui pemakanan berkhasiat.



Makanan organik dibawah mengandungi pelbagai ubatan semulajadi untuk mencegah dan merawat tekanan darah tinggi.


1. Ubi Bit
Bit mengandungi nitrat yang tinggi, bahan yang membekalkan gas nitrik oksida di dalam salur darah.
Badan anda secara semula jadi menghasilkan nitrik oksida, yang penting untuk kesihatan saluran darah. Nitrik oksida melembutkan dan melebarkan arteri anda, membolehkan lebih banyak darah mengalir melalui dan menurunkan tekanan darah.

Walaupun bit adalah salah satu sumber nitrat terbaik, anda juga boleh meningkatkan nitrik oksida anda dengan mengambil bayam, saderi dan lobak.

2. Oat
Oat padat dengan dua nutrien yang mengurangkan tekanan darah: serat larut dan magnesium. Magnesium membantu saluran darah berehat, manakala serat larut melindungi saluran darah anda dari keradangan. Keradangan meningkatkan tekanan darah.

Gula darah tinggi membawa kepada hipertensi kerana gula berlebihan menghalang pengeluaran nitrik oksida.

3. Sayur-sayuran berdaun gelap
Sayuran berdaun seperti bayam, Sawi, kangkung, daun ubi bit membekalkan magnesium, serta kalium, nutrien penting untuk mencegah atau menurunkan tekanan darah tinggi.

Potassium menghilangkan natrium, mineral yang secara mendadak meningkatkan tekanan darah anda.
Secara amnya pengambilan terlalu banyak natrium ( garam putih) dan terlalu sedikit kalium dalam diet harian menjadi punca menyebabkan darah tinggi.

Lebih banyak kalium yang anda makan akan menurunkan lebih banyak natrium dalam darah. Selain sayur-sayuran berdaun, anda boleh mendapatkan kalium daripada pisang, kentang, tomato, kacang dan bijirin

4. Kacang
Tidak kira apa jenis kacang yang anda suka, ia akan membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kacang adalah sumber kalium, magnesium, dan serat larut yang hebat. Pastikan kacang yang organik tanpa sebarang campuran garam dan perasa.

5. Buah Limau
Limau memiliki Vitamin C yang tinggi. Vitamin C sebenarnya antioksidan kuat sangat berguna untuk memastikan kesihatan salur darah dan mengawal keradangan dalam salur darah.

Keradangan yang rendah membantu mengurangkan tekanan.

Secawan air limau tanpa tambahan gula mencukupi untuk keperluan seharian Vitamin C bagi orang dewasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Merawat Tekanan darah tanpa ubat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares