Ruam gatal atau Urticaria boleh berlaku ketika badan mengalami tekanan perasaan atau ‘stres’.

Rasa gatal membuatkan ketidakselesaan dan mula bertindak menggaru “krukkk.. krukkk”. Rasa lega hanya terasa untuk seketika sahaja dan biasanya kesan rasa gatal berterusan.



Selepas beberapa minit, semakin banyak ruam akan timbul menyebabkan anda semakin rimas.

Keadaan bertambah serius jika badan panas atau berpeluh. Kesan garuan menyebabkan kulit terasa pedih dan sakit.

Selain dari stress, ruam urticaria juga boleh berpunca dari persekitaran sejuk/ panas, alahan persekitaran atau makanan.

Jika sedang alami masalah ini, ubat alahan jenis antihistamine seperti Piriton, loratidine mungkin membantu. Disamping krim penyejuk seperti Calamine Lotion

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0WLA5veb8YjEGiPPF9VPRLqoTDHYF77uHnYYz7g9UejAoLkWacNis55CADFxYdUwhl&id=1712327752390423

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ruam gatal menggaru perlu dirawat segera " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares