Sebaik tiba di pejabat Tabung Haji, aku terus disambung mesra oleh petugas tabung haji.
Setelah duduk menunggu sekitar 10 minit, nombor giliran aku dipanggil.
Terus aku meluru ke kaunter dan memberi tahu untuk keluar kan duit.
Aku : “Saya nak batalkan giliran haji dan nak keluarkan semua baki RM1,300 ni..”

Petugas : “Encik ada akaun kwsp tak, sebab kalau ada boleh guna duit kwsp tu untuk ganti baki yang dikeluarkan dari TH, giliran haji encik tak hilang..”
Aku :”kwsp tu pun saya dah takda’
Petugas tu terdiam. Akur.
Hati kecilku berbisik tidak mengapa hilang giliran haji pun, asal kan ada duit untuk sara makan minum harian.
Lepas selesai buat pengeluaran, aku terdengar ada lagi pelanggan nak batal giliran haji dan keluar duit.
Dah agak bukan aku seorang sahaja yg dalam kesempitan.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita.
#RinduzamanNajibRazak.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Dialog di kaunter Tabung Haji kerana kesempitan duit " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.