Biji halba tidak asing di dapur kerana peranan utama dalam memberi rasa masakan lebih enak.



Kajian telah membongkar biji halba sebagai rawatan semula jadi untuk rambut gugur, kelemumur atau kulit kepala yang kering dan gatal.

Biji halba adalah sumber yang kaya dengan zat besi dan protein — dua nutrien penting untuk pertumbuhan rambut.



Ia juga mengandungi komposisi unik sebatian tumbuhan, termasuk flavonoid dan saponin. Sebatian ini mendorong pertumbuhan rambut.

Biji halba kaya dengan asid folik, Vitamin A, Vitamin K dan Vitamin C, dan pelbagai mineral. Inilah sebabnya ia adalah ubat yang bagus untuk mengelakkan rambut gugur.



1. Mencegah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur boleh dirawat dengan cara membuat pesr

Rendam 2 sudu besar biji halba yang telah dikisar dalam air sejuk dan biarkan semalaman.

Sapukan pada akar rambut anda dan biarkan selama 20 minit. Urut sedikit pada kulit kepala sebelum membilas rambut anda dengan syampu lembut.


Tambah 1 sudu besar jus lemon dan menggunakannya untuk merawat masalah kelemumur; atau 1 sudu besar santan untuk rambut licin dan berkilau.

2. Pes Minyak Kelapa atau minyak zaitun dan biji halba

Biji halba dan minyak kelapa berfungsi dengan baik dalam merawat masalah rambut gugur dan melembapkan rambut.

Ambil 2 sudu besar , kisar biji halba sehingga menjadi serbuk. Pindahkan ke dalam mangkuk dan tambahkan 1 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun ke dalamnya. Biarkan semalaman.

Sapukan pes ini pada rambut anda hingga ke permukaan kulit kepala. Urut permukaan kulit supaya pes halba dapat meresap ke bahagian akar rambut.

Biarkan ia kering selama 10 minit, dan kemudian bersih dengan air.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Halba rawat Rambut gugur atau kelumumur " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares