Aneh apabila Telefon Redmi atau Mi berhadapan masalah tidak dapat nyahpasang aplikasi.
Ada sesetengah aplikasi membuat set perlindungan admin secara otomatik.
Nyahpasang melalui kaedah biasa akan gagal.
Caranya dengan nyahaktif tetapan perlindungan Admin terlebih dahulu.
1) Ketik pada Tetapan
2) Ketik pada Perlindungan privasi
3) Ketik pada kebenaran Khas
4) Ketik pada apl pentadbir peranti
5) Pilih apl
6) Ketik pada (Nyahaktifkan) apl pentadbir peranti ini
7) Ketik pada OK
Kemudian aplikasi boleh dinyahpasang seperti biasa.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " XIAOMI Tak boleh nyahpasang aplikasi " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.