Kerosakan sistem kawalan LRT Putra yang menyebabkan 16 stesen ditutup sementara sesuatu yang amat mendukacitakan terutama kepada 2 juta warga pengguna harian perkhidmatan berkenaan.

Alasan Jurutera LRT tidak menemui jalan penyelesaian amat mengejutkan. Perkhidmatan ini telah beroperasi selama 25 tahun. Apa yang dilakukan oleh jurutera jurutera ini selama tempoh berkenaan hingga tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kerajaan menghabiskan berbillion melatih jurutera tempatan untuk mendapatkan kepakaran tertentu tetapi hasilnya mengecewakan kita semua.



Apa guna ada jurutera jika tak boleh nak diharapkan. Atau memang sengaja tidak mahu buat pembaikan kerana sabotaj tidak puas hati dengan pengurusan.
Jika wujud elemen sabotaj seperti yang ditularkan, amat malang sekali kerana melibatkan perkhidmatan mercutanda kemajuan negara Malaysia.
Sesuatu mesti dilakukan khususnya melibatkan pengurusan dan tenaga kerja teknikal. Jika ianya sabotaj, tidak mustahil perbuatan sebegini akan melarat ke segenap cawangan organisasi.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kompetensi jurutera LRT tempatan diragui " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.