1/12/2022 Bernama memetik Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip yang melaporkan cuaca nyaman dan dingin sedang dialami sekarang dijangka berlanjutan hingga Februari 2023.
Suhu semasa antara 22 hingga 30 darjah Celsius.

Kawasan yang pernah mengalami suhu sejuk pada 2014 seperti Kuala Krai yang mencatat suhu sekitar 18 Celcius dijangka akan sekali lagi mengalami keadaan berkenaan.
Fenomena ini susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November. Awan hujan akan mengurangkan kepanasan matahari sampai ke bumi.
Dengan ini suhu menjadi lebih rendah.
Kawasan tanah rata di Kelantan, Pahang dan Perak dijangka mengalami suhu sejuk yang lebih ketara.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Fenomena 'Musim sejuk' di Malaysia berlanjutan hingga Februari 2023 " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.