Istilah Takfiri merujuk satu ujian pemikiran bahaya yang menimpa umat Islam.
P


Pemikiran bahaya ini bermula dengan perasaan sombong merasakan diri lebih hebat dan pandai, membawa kepada penampilan secara pertuturan mempengaruhi rakan-rakan hingga kepada peringkat akhir mengkafirkan umat Islam lain yang dianggap tidak sehaluan dengan pemikiran mereka. Mereka mengkafirkan samada secara terang atau sembunyi berkias.

Pemikiran Takfiri membawa kepada solat dua imam, sembelih golongan yang tidak sehaluan dengan mereka dihukum haram,

Begitu juga mereka menghukum pernikahan oleh Qadi bukan dari kalangan mereka adalah tidak sah.

Hukum yang mereka cipta diatas landasan nafsu semata membina gerakan radikal yang berskala besar hingga mengancam keselamatan negara.



Secara mudahnya pemikiran ini tumbuh dari seseorang yang sombong diri merasakan dialah yang paling benar dan paling betul dengan Islam.

Orang lain tak boleh pakai.

Seolah-olah dia telah menjamin surga untuk dirinya sendiri dengan memberikan neraka untuk orang lain.

Islam agama yang memiliki akhlak. Rasulullahﷺ dihantar untuk menyempurnakan akhlak.

Lawan kepada akhlak ialah kesombongan. Kesombongan ialah akhlak Iblis.

Iblis enggan sujud kepada Adam kerana beranggapan Adam makhluk hina kafir tidak layak dihormati.

Pengkafiran pertama dalam sejarah kejadian mahkluk dilakukan oleh Iblis.

Pengenalan kepada golongan takfiri ialah tidak sesekali memohon maaf dalam apajua keadaan. Begitu lah akhlak Iblis yang diwarisi oleh golongan takfiri.


Golongan Al-khuwaisirah merupakan bapa Takfiri mula menonjol diri dizaman Rasulullahﷺ. Sikap sombong merasakan diri mereka hebat hingga hilang akhlak yang dibimbing oleh Rasulullahﷺ .


Golongan Al-khuwaisirah Takfiri menuduh Rasulullahﷺ tidak mentadbir dengan adil dalam pemerintahannya.

Dalam satu hadith sahih Darjat pertama (Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

Sesungguhnya Abu Sa’id Al Khudri RA bercerita: “Ketika kami bersama Rasululluh SAW dan Baginda membahagikan sesuatu. Datanglah Dzul Khuwaishirah seorang yang berasal dari Bani Tamim kepada beliau, lalu berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!’ Lalu Baginda SAW menjawab: “Celaka kamu, siapakah yang berlaku adil, jika aku tidak berlaku adil? Engkau telah rugi dan celaka jika aku tidak adil. Sayyidina Umar RA berkata, “Wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya”. Baginda menjawab: “Biarkan dia! Sesungguhnya dia memiliki pengikut. Salah seorang daripada kamu akan meremehkan solatnya dengan solat mereka dan puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, tapi hanya di halkum mereka saja. Mereka meninggalkan agama, sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.” (Mutafaqun alaihi)

Contoh dari sejarah pemikiran Takfiri berakhir menjadi ektrim pemberontak tegar Abdurahman Ibn Muljam menetak Sayyidina Ali RA, sehingga meninggal dunia.

Abdurahman Ibn Muljam seorang ahli ibadat, menghafaz al-Quran menghukum kafir keatas khalifah Ali menantu Rasulullahﷺ. Begitulah dahsyatnya bahana pemikiran sesat Takfiri Al-khuwaisirah.



Pemikiran rosak Takfiri Al-khuwaisirah ini menghalalkan pembunuhan dan perampasan harta benda umat Islam ini kecuali pengikut mereka sahaja.

Pentas politik merupakan gelanggang utama golongan takfiri Al-khuwaisirah.

Surau, masjid, khutbah jumaat dijadikan sasaran menyebarkan pemikiran jahat ini untuk menyesat lebih ramai umat Islam.


Orang muda secara umumnya mudah dipengaruhi kerana pemikiran Takfiri Al-khuwaisirah ini resepi utama ialah sikap agresif.

Penyebaran masa kini pula banyak dilakukan oleh ustaz ustazah selebriti melalui video pendek di TikTok.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Orang Islam Awasi bahaya Takfiri Al-khuwaisirah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares