Mendapat motivasi dari satu video perbualan kanak-kanak Jepun bersama ibunya, kanak-kanak Sindrom Down berusia 12 tahun Alexander Wilhelm bertekad untuk membina sebuah hospital pediatrik.

Alexander Wilhelm menghabiskan masa hujung minggunya dengan membuat kek dan mufin sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang niatnya itu.

Alexander Wilhelm Kanak-kanak Sindrom Down



Alexander Wilhelm yang menetap di Kuala Lumpur itu nyata bersyukur apabila usaha kerasnya mendapat sokongan orang ramai.


Terdapat enam jenis biskut termasuk florentine, roti dan mufin dibuat remaja itu untuk disalurkan kepada Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) untuk membina hospital kanak-kanak pertama di negara ini.


Menu yang disediakan Alexander dijual di MAPPAC secara amal dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap pembinaan pusat perubatan tersebut.


“Saya gembira kerana wang itu untuk membina hospital Malaysia untuk kanak-kanak. Saya mengharapkan perkara ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyokong usaha yang sama,” jelasnya.

Dr Ng Su Fang

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat MAPPAC, Dr Ng Su Fang, dianggarkan kira-kira RM10 juta untuk merealisasikan misi Alexander.

“Kami juga memerlukan RM500,000 setahun untuk membina hospital itu. Memandangkan kerajaan kekurangan sumber yang diperlukan, kami hanya boleh melakukan ini dengan sokongan orang ramai.

“Saya sangat kagum dengan kebolehan dan usaha Alexander berusaha memberikan sumbangan kepada komuniti,” jelas Dr Ng.
Hospital kanak-kanak itu dijangka akan memulakan pembinaan pada 2030.

Hospital kanak-kanak tersebut juga menyediakan kemudahan perkhidmatan sokongan kepada keluarga kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi keadaan kecemasan.

Perkhidmatan termasuk penjagaan paliatif kanak-kanak, penjagaan rehat pakar dan sokongan kehilangan untuk membantu keluarga menghadapi penyakit dan kehilangan orang yang mereka sayangi.

Alexander sememangnya aktif dengan melakukan aktiviti amal. Pada 2021, dia berjaya mengumpul sebanyak RM10,000 untuk pertubuhan kebajikan, termasuk Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Kafe Komuniti Pit Stop dan bantuan dana bangunan sekolah NGO di Seremban, Negeri Sembilan.

Ibunya, Ashley Pang, 46, memberikan sokongan penuh kepada anaknya untuk mempamerkan minat dalam bidang membuat kek.



Baginya kanak-kanak keperluan khas memerlukan kekuatan emosi untuk tumbesaran mereka.

“Saya dan suami terus memberi pendedahan kepada kemahiran dan pengalaman baharu supaya dia dapat setanding dengan rakan sebaya dan meningkatkan keyakinannya.

“Kemahiran memasak Alexander mula mempamerkan peningkatan. Dia lebih matang dan mampu mengikut arahan. Kemahirannya jauh lebih baik sekarang,” terangnya.

Alexander mula mendapat inspirasi untuk membina hospital kanak-kanak selepas melihat video sebuah pusat perubatan di Jepun bersama ibunya.

ALIH BAHASA THE STAR

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak Sindrom Down jual kek untuk kumpul dana bina hospital pediatrik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares