Selamat menyambut Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day) yang disambut pada 11 Disember setiap tahun.

Sambutan ini diadakan untuk memberi kesedaran dan penghargaan keindahan kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di gunung-gunung Malaysia.

Gunung merupakan antara aset utama tarikan ekopelancongan pelancong dalam dan luar negara, menjana pendapatan negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Gunung Kinabalu Sabah

1. Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu terletak di Negeri Sabah ini merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Walaupun terdapat sedikit pertikaian, namun Gunung Kinabalu jika diukur dari segi persempadanan geografi masih tetap merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Trusmadi Sabah

Gunung Kinabalu

2. Gunung Trusmadi Gunung Trusmadi merupakan gunung ke-2 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter. Salah satu keistimewaan, Gunung Trusmadi mempunyai hutan yang kaya dengan flora yang bernilai untuk perubatan.

Gunung Trusmadi terletak di daerah Tambunan, iaitu sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah.

Gunung Tambuyukon Sabah

3. Gunung Tambuyukon Gunung Tambuyukon merupakan gunung ke-3 tinggi di Malaysia dan paling menarik, gunung ini merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocer yang merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di negeri Sabah. Gunung Tambuyukon mempunyai ketinggian 2,579 meter dari aras laut.

Gunung Murud Sarawak

4. Gunung Murud. Gunung Murud yang terletak di Sarawak ini memiliki ketinggian setinggi 2,438 meter menjadikan ia tempat ke-4 dalam senarai gunung tinggi di Malaysia.

Gunung Mulu Sarawak

5. Gunung Mulu. Gunung Mulu juga terletak di Sarawak. Selain terkenal sebagai gunung ke-5 tinggi di Malaysia, Gunung Mulu turut terkenal kerana memiliki susunan batu yang cantik dan gua-gua bersejarah. Keseluruhannya, Gunung Mulu memiliki ketinggian setinggi 2,371 meter.

Gunung Tahan Pahang

6. Gunung Tahan Gunung Tahan memiliki ketinggian setinggi 2187 meter terletak di negeri Pahang dan merupakan gunung paling tinggi di semenanjung Malaysia. Gunung yang terletak di Taman Negara Negeri Pahang ini turut menjadi titik sempadan antara negeri Pahang dan Kelantan.

Gunung Korbu Perak

7. Gunung Korbu Gunung Korbu memiliki ketinggian setinggi 2,183 meter terletak di negeri Perak. Selain sebagai gunung ke-7 tinggi di Malaysia, Gunung Korbu turut dikenali sebagai gunung paling tinggi di Banjaran Titiwangsa.

Gunung Yong Belar Sempadan Perak Pahang Kelantan

8. Gunung Yong Belar Gunung Yong Belar memiliki ketinggian setinggi 2,181 meter. Menariknya, gunung yang cantik ini terletak di sempadan 3 negeri iaitu negeri Perak, Pahang dan Kelantan. Hutan disini kaya dengan sumber untuk perubatan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 11 Disember Hari Gunung Sedunia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares