Seperti dibincangkan sebelum ini sembab dikelopak mata (puppy eye) merupakan isyarat kesihatan.

Berikut 6 petua untuk meredakan masalah mata sembab.

Jika tidak berkesan sila buat pemeriksaan kesihatan kerana berkemungkinan ada masalah lain.


1.     ALOE VERA
– Potong aloe vera kepada saiz kelopak mata.
– gosok gosok kelopak dan keliling mata ikut arah pusingan jam.


2.     GARAM.
– Adunkan setengah sudu teh garam ke dalam 250ml air putih.
– celupkan kapas dan tuamkan pada mata.
– buat 5 minit setiap hari.


3.     UNCANG TEH
– Ambil dua uncang teh yang direndam dengan air panas, kemudian tuamkan pada kelopak mata.
– Seeloknya guna teh hijau kerana kandungan kafein di dalamnya mampu meredakan bahagian mata yang bengkak.

 
4.     TIMUN
(timun mengandungi kandungan astringent yang berfungsi menyegarkan mata.)
– hiriskan kepada dua kepingan nipis.
– Letak di atas mata dan biarkan beberapa minit.


5.     KENTANG
– Ambil sebiiji kentang yang segar, cuci, dan keringkan.
– Parut kentang ini menjadi halus.
– Bungkus hasil parutan tadi ke dalam kain kecil kemudian tuam pada bahagian mata.
– Amalkan selama beberapa minit setiap hari.


6.     AIS BATU
– Alaskan dengan kain yang nipis. (Elakkan meletak terus pada kulit mata kerana kulit mata adalah lapisan kulit yang agak nipis.)
– Selain ais, boleh juga guna sudu besi yang telah di simpan di dalam peti sejuk semalaman dan kemudian letakkan pada kedua dua belah mata.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 6 Petua hilangkan sembab kelopak mata " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares