19.12.2022: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah memasuki hari ke-4 pada hari ini. Pelbagai agensi yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak telah bertungkus lumus dari siang hari membawa ke malam bagi memastikan operasi pencarian berjalan dengan lancar dan berkesan.

Bagi mereka yang tidak mengetahui di luar sana. Salah satu agensi yang turut memainkan peranan dalam operasi SAR pada kali ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertindak menyalurkan bekalan elektrik di tempat kejadian dan memastikan ianya beroperasi dalam keadaan baik dan selamat. Pihak TNB telah membekalkan 10 unit janakuasa mudah alih dan memasang lampu limpah mudah alih untuk menerangi laluan pasukan SAR dan sekitar kawasan kejadian.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak TNB diatas inisiatif bantuan dan kerjasama yang sangat baik ini. Dengan adanya kerjasama semua pihak, segala usaha yang dilakukan pasti akan menjadi lebih mudah. Semoga usaha pencarian mangsa kejadian tanah runtuh ini sentiasa dipermudahkan dan akan bertemu titik pengakhiran. 💪🏽💪🏽

Kredit: TNB Careline

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wira tidak didendang TNB bekal 10 janakuasa di lokasi runtuhan Batang Kali " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares