Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm Batang Kali, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini.



Segala kekuatan dan kebijaksanaan Armada penyelamat operasi rumit ini, termasuk K9 Leo dan Reed ‘berpadu tenaga’ dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.

K9 Reed
K9 Leo



Sejak hari pertama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat).

Dari ‘raut wajah’ Leo dan Reed, dapat dilihat semangat kesungguhan wira negara ini demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula.

Tabik hormat buat Leo dan Reed serta seluruh armada K9. Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tabik untuk wira Negara K9 PDRM Leo dan Reed di lapangan Father's Organic Farm " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares