Pada 11/12/1993, menjadi memori bersejarah bagi Pegawai Bomba Norizan Saad menjadi perhatian apabila dia dan pasukan anggota bomba menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower.



Harian Metro melaporkan Norizan, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Nur Hamidah Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 29 tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.

Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah binti Nadjib.



“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan,” katanya.



Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.

“Tangisannya memenuhi ruang…kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

“Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.

Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

“Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban,” katanya beliau

Tanggal 29/3/2016 amat bersejarah apabila Nur Hamidah Nadjib 23 tahun ditemani ibunya Umi Rasyidah Khoiruman, berjaya dipertemukan dengan Anggota penyelamat iaitu Tan Sri Zaman Khan, Supt Norizan Saad dan bekas majikan ibunya Susan Tan.

Pertemuan bersejarah Nurhamidah Nadjib

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba selamatkan Bayi 18 bulan dalam runtuhan Highland Towers 1993 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares