Salji telah dilaporkan melitupi kawasan pergunungan Al-Lawz di wilayah Tabuk Arab Saudi.

Pihak kajicuaca melaporkan suhu kawasan pergunungan berkenaan berada bawah 0°.




Pelancong membanjiri Tabuk untuk menikmati salji dan keindahan kawasan yang dilitupi salji.

Kali terakhir salji turun ialah Januari 2022.

Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran kepada penduduk Tabuk tentang salji dan angin kencang, ketika pasukan keselamatan bersiap sedia menghadapi potensi banjir dan kemalangan.

Berdiri pada 2,549m, Jebel Al Lawz ialah satu-satunya gunung di Arab Saudi di mana salji turun pada musim sejuk.

Suhu musim sejuk sering menurun di bawah 0ºC di Tabuk dan biasanya 10ºC lebih rendah daripada suhu di seluruh negara ketika musim sejuk.

Negara seperti Arab Saudi menerima salji adalah sesuatu agak jarang berlaku.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Suasana menakjubkan Selimut Salji Wilayah Tabuk Arab Saudi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares