Tanggal 17/8/2020 Media melaporkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk memberi pengampunan kepada bekas ahli kumpulan militan Al-Mau’nah.

Salah seorangnya dibebaskan ialah Awie (bukan nama sebenar) telah dihukum penjara seumur hidup diatas pengelibatannya dalam tragedi di Bukit Jenalik Sauk Perak Darul Ridzuan pada 2/7/2000.


Awie telah dibebaskan selepas menjalani hukuman lebih 20 tahun.

Awie memeluk kakak dan anak saudaranya sebaik sampai di rumah. foto Berita Harian

Generasi muda mungkin tidak tahu tentang kisah Al-Mau’nah dan kenapa mereka ditangkap lalu dipenjarakan seumur hidup.


Ketua Al-Mau’nah Mohamed Amin bin Mohamed Razali

Kumpulan ini berpusat di Gerik, Perak dan dipimpin oleh Mohamed Amin bin Mohamed Razali.

Agenda Al-Mau’nah ialah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia melalui persenjataan.

Mereka berjaya ceroboh kem tentera dan rampas bekalan senjata.


Senjata Api yang dirampas oleh pengganas Al-Mau’nah

Menurut bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyatakan bahawa Mohamed Amin berlakon dan tahu prosedur tentera hingga berjaya memperdaya anggota di dalam kem bahawa mereka adalah anggota tentera yang sebenar, telah memaklumkan kepada pegawai yang memerintah di kem tersebut untuk melakukan pemeriksaan mengejut ke atas stor simpanan peluru dan senjata.


Hasil penyamaran tersebut, mereka berjaya membawa lari sebanyak 114 laras senjata api pelbagai jenis bersama lebih 18,000 butir peluru dari kem Rejimen Askar Wataniah di Gerik, Perak.

Selepas itu, mereka menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak.

Mohamad Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata berkenaan kepada orang-orangnya untuk dilatih.


Penduduk kampung hairan dengan bunyi tembakan dari Bukit Jenalik.




Hasil risikan pihak berkuasa mendapat, kumpulan Al-Mau’nah sedang bersiap bersedia untuk melancarkan rusuhan menjatuhkan kerajaan.


Pihak polis bertindak menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma’unah.

Al-Mau’nah berjaya menawan beberapa orang pegawai keselematan dan seorang penduduk kampung.
Antaranya yang ditawan ialah dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando Grup Gerak Khas ATM, Truper Matthews anak Medan.

Selama lebih 4 hari kepungan polis, seorang ahli Al-Mau’nah ditembak.

Namun, Al-Mau’nah tidak mahu mengalah. Dalam masa yang sama, mereka menyeksa tawanan dengan pelbagai cara.

Salah seorang tawanan, Truper Matthews, akhirnya meninggal dunia akibat diseksa dengan jari-jari kakinya ditembak oleh Mohamed Amin sebelum dibunuh sepenuhnya oleh orang kanan pemimpin Al-Mau’nah iaitu Jemari Jusoh.


Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma’unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan.

Mohamed Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan.

Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah terkorban.

Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Pada keesokan harinya, 6 Julai 2000, pihak polis akhirnya menggunakan pendekatan ‘psychology warfare’ menggunakan ahli keluarga isteri dan anak dengan memujuk kumpulan ini supaya menyerah diri.

Anggota Al-Mau’nah menyerah diri

Seorang demi seorang ahli Al-Mau’nah menyerah diri.

Kemuncak konflik ini ialah apabila Leftenan Zaini bersemuka dengan Mohamed Amin.

Cubaan Leftenan Zaini untuk memujuk Mohamed Amin ternyata tidak berjaya. Mohamed Amin melepaskan tembakan tapi berjaya ditepis lalu berlakulah pergelutan antara mereka berdua.

Akhirnya, Mohamed Amin tumpas lalu menyerah diri.

Kumpulan Al-Mau’nah adalah sejarah berdarah yang mengorbankan anggota keselamatan negara.

Pada pagi 4 Ogos 2006, Mohamed Amin telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala tiga orang kanannya, Zahit Muslim, Jamaluddin Darus dan Jemari Jusoh telah digantung seminggu lebih awal.


Ahli-ahli kumpulan Al-Mau’nah yang lain pula telah dihukum penjara seumur hidup. Awie, salah seorang daripada mereka telah diberi pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Al-Mau'nah sejarah cubaan pemberontakan yang gagal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares